
Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak telah merangka Perak Sejahtera 2030 sebagai garis panduan bagi pembentukan dasar, inisiatif dan agenda utama negeri bagi tahun 2022-2030. Pelan ini dihasilkan selari dengan Rancangan Struktur Negeri Perak dan pelan pembangunan negeri Perak yang lain yang sedang berkuatkuasa di samping mengambil kira isu dan cabaran yang sedang dan bakal dihadapi oleh negeri Perak.
Matlamat Perak Sejahtera 2030 adalah untuk memakmurkan negeri dan mesejahterakan rakyat.
Tidak. Pelan Perak Sejahtera 2030 tidak menggantikan pelan-pelan pembangunan sedia ada, sebaliknya pelan ini membantu negeri Perak untuk terus berkembang, membangun dan maju seiring dengan perancangan pelan-pelan pembangunan yang berkaitan di peringkat nasional dan negeri. Dengan erti kata lain, pelan ini menyokong dan saling-melangkapi pelan-pelan pembangunan sedia ada untuk memacu pembangunan Perak sehingga tahun 2030.
Melalui sesi libat urus dan analisis yang dijalankan, beberapa cabaran perdana telah dikenal pasti dan diperhalusi. Berikut merupakan empat (4) cabaran perdana yang perlu diberi penekanan bagi mencapai kehidupan berkualiti daripada segi sosioekonomi, sosiopolitik dan politikonomi.
Bil. | Cabaran Utama | Ringkasan |
1 | Migrasi | Dalam tempoh sedekad yang lalu, aliran migrasi bersih adalah negatif. Lebih banyak migrasi keluar berbanding migrasi masuk dan trend ini agak membimbangkan terutamanya kesan kepada keperluan modal insan negeri. |
2 | Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 40 Peratus Terendah (B40) | Perak adalah negeri yang mempunyai peratusan tertinggi isi rumah B40 dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia. Kerajaan negeri perlu memastikan golongan ini tidak terpinggir dalam arus pembangunan dan terus menikmati kelangsungan hidup bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup |
3 | Masyarakat Menua | Pada tahun 2010, 7.7 peratus komposisi penduduk di negeri Perak adalah berumur 65 tahun dan ke atas dan dianggarkan meningkat kepada 11 peratus daripada 2.51 juta orang penduduk pada tahun 2020, lebih tinggi daripada Malaysia, iaitu 6.73 peratus. Negeri Perak perlu bersedia menghadapi trend populasi tua yang semakin meningkat.
|
4 | Ketersediaan Menghadapi Era Pendigitalan | Kajian Ketersediaan Data Raya dalam kalangan agensi-agensi negeri Perak telah dijalankan oleh Institut Darul Ridzuan. Hasil daripada kajian mendapati bahawa hanya 47 peratus pegawai memiliki kemahiran berkaitan Analitis Data Raya (Big Data Analytics). Walau bagaimanapun, hanya 27 peratus organisasi bersedia dengan peruntukan sekali gus memberikan gambaran bahawa kesedaran organisasi di negeri Perak terhadap ketersediaan berkaitan data raya masih rendah.
|
Pengumpulan maklumat dan input dilakukan melalui beberapa sesi libat urus yang dijalankan dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta, belia, wanita, orang kurang upaya (OKU) dan pemimpin tempatan. Kesemua dapatan daripada sesi libat urus ini dianalisa dan dirumuskan.
Potensi yang dimiliki oleh negeri Perak perlu dijadikan kekuatan untuk melonjakkan usaha merangkum kesemua aspirasi kerajaan di bawah satu matlamat dalam menyejahterakan negeri Perak. Lima (5) potensi telah dikenal pasti:
J: Prinsip Perak Sejahtera 2030 didukung oleh lima (5) nilai bersama untuk dihayati dan diamalkan seperti berikut:
Perak Sejahtera 2030 merupakan sebuah pelan pembangunan negeri komprehensif yang dirangka untuk pembangunan jangka panjang negeri Perak. Pelan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri ini merupakan penunjuk arah untuk jentera kerajaan bagi pembangunan negeri Perak menuju 2030. Pelan ini merupakan kesinambungan kepada pelan-pelan pembangunan yang terdahulu dan menggarapkan pelan pembangunan jangka masa sederhana dan panjang di peringkat negeri, persekutuan dan antarabangsa.
Seiring dengan potensi yang dimiliki, Kerajaan Negeri akan mempelopori sektor-sektor yang memberi nilai tambah kepada negeri, menambah peluang pekerjaan, merapatkan jurang pendapatan dan pendidikan dan merentas usaha ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Terdapat tujuh (7) agenda utama Perak Sejahtera 2030 adalah seperti berikut:
Pelan ini berhasrat memenuhi tiga (3) sasaran kesejahteraan, iaitu kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik rakyat Perak iaitu:
Program flagship diperkenalkan sebagai pemangkin untuk mencapai agenda Perak Sejahtera 2030. Program flagship yang digariskan ini boleh memberi nilai tambah kepada pembangunan sosioekonomi negeri dan menjadi hala tuju kepada projek keutamaan yang akan difokuskan menuju 2030. Terdapat (18) Program flagship yang berperanan sebagai pemegang taruh negeri diketengahkan sebagai peneraju sektor-sektor berkepentingan dalam memacu keberhasilan pelan selaras dengan rancangan Rancangan Struktur Negeri (RSN):
Penjenamaan daerah-daerah di negeri Perak mengikut keistimewaan dan potensi penting dalam memacu pertumbuhan dan membangunkan daerah yang seterusnya menjadi hala tuju dalam melonjakkan pertumbuhan. Potensi yang dimiliki oleh daerah-daerah menjadi penanda aras kepada perancangan pembangunan di peringkat pentadbiran daerah. Berikut merupakan niche daerah yang telah dikenal pasti:
Bagi memastikan Perak Sejahtera 2030 ini berjaya dilaksanakan, Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Kerja Perak Sejahtera 2030 akan ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan pelan ini. Jawatankuasa ini akan diketuai oleh YAB Menteri Besar Perak bersama-sama dengan YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan dianggotai oleh Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Tempoh pelaksanaan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 ialah selama lapan (8) tahun bermula dari tahun 2022 hingga tahun 2030. Bagi memastikan agensi/pelaksana memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing, pemantauan akan dijalankan setiap tahun dan kajian semula akan dilakukan pada setiap dua (2) tahun bagi menyelaras hala tuju projek yang digariskan bersesuaian dengan cabaran dan keperluan semasa dengan mengambil kira senario baru perubahan persekitaran dan tumpuan strategik negeri Perak.
Selain daripada itu, Indeks Kesejahtera Perak turut dibangunkan untuk mengukur tahap pencapaian. Bagi setiap sasaran kesejahteraan telah dikenal pasti beberapa tema keberhasilan yang akan dilaporkan pencapaiannya pada setiap tahun.
Pelan ini dilancarkan pada 15 Jun 2022 oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak di Hotel Kinta River Front, Ipoh.
Insitut Darul Ridzuan (IDR) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN) merupakan pihak yang dipertanggungjawabkam oleh kerajaan negeri bagi menyediakan pelan ini.
Seluruh rakyat negeri Perak daripada segenap lapisan masyarakat mempunyai peranan mengikut kapasiti masing-masing untuk bersama-sama menjayakan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
Kelestarian pelaksanaan Perak Sejahtera 2030 ialah bersandarkan kepada lima (5) prinsip asas iaitu:
Bagi mengenal pasti tahap ketersediaan data raya di Perak, Kajian Ketersediaan Data Raya dalam kalangan agensi-agensi negeri Perak telah dijalankan oleh Institut Darul Ridzuan. Hasil daripada kajian mendapati bahawa hanya 47 peratus pegawai memiliki kemahiran berkaitan Analitis Data Raya (Big Data Analytics). Manakala 54 peratus pegawai menyatakan organisasi mereka memiliki ketersediaan data, perisian dan perkakasan. Kajian turut mendapati 56 peratus organisasi telah bersedia dengan strategi pelaksanaan data raya. Walau bagaimanapun, hanya 27 peratus organisasi bersedia dengan peruntukan sekali gus memberikan gambaran bahawa kesedaran organisasi di negeri Perak terhadap ketersediaan berkaitan data raya masih rendah.
Berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-11, Pelan Pembangunan Perak Amanjaya 2020 (PAJ) dan inisiatif pelan lain, Kerajaan Negeri perlu terus menjayakan agenda penyediaan dan pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan untuk pertumbuhan sosioekonomi dan pembangunan industri pada masa hadapan. Beberapa isu yang perlu ditangani termasuk meningkatkan kecekapan pasaran buruh, memperkasa program Technical and Vocational Education and Training (TVET) dan mengukuhkan pembelajaran sepanjang hayat. Ia penting bagi memenuhi permintaan industri, menarik pelaburan dan meningkatkan kemahiran modal insan.Pembangunan bakat dan kemahiran merupakan satu daripada empat (4) dasar pemangkin.
Dalam usaha ke arah menjadi sebuah negeri maju, Kerajaan Negeri perlu memupuk pembangunan modal insan dan tenaga kerja untuk disesuaikan dengan keperluan ekonomi termasuk ekonomi digital. Di bawah program tersebut, kerajaan perlu mengenal pasti jenis kursus akademik dan TVET yang ditawarkan bagi memenuhi permintaan tenaga kerja dalam industri.
Model ekonomi donat menitikberatkan keseimbangan ekonomi, sosial, politik dan alam sekitar sejajar dengan matlamat Perak Sejahtera 2030. Ekonomi donat digunakan sebagai penanda aras supaya tidak melangkaui sempadan alam raya, iaitu pengasidan laut, perubahan iklim, penipisan lapisan ozon, pencemaran udara, kekurangan kepelbagaian hidupan, penukaran kegunaan tanah, pengeluaran air tawar, penuaan nitrogen dan fosforus dan pencemaran kimia. Ia juga tidak mengurangi keperluan manusiawi, iaitu Kesihatan dan Keselamatan Awam, Perumahan, Asas Kemasyarakatan, Pendidikan, Alam Sekitar dan Amalan Teknologi Hijau, Prasarana, Seni Budaya dan Warisan, Belia, Wanita, Keluarga, Warga tua, Orang Kurang Upaya (OKU), Penduduk, Industri Utama, Keusahawanan, Sumber Manusia dan Persekitaran Kerja, Pelaburan Domestik dan Luar Negara, Agihan Kekayaan, Kumpulan Pendapatan dan Kemiskinan, Tadbir Urus Kerajaan, Perpaduan Nasional dan Kepimpinan.