Trending
TERKINI
Galeri Media

Menerusi kempen Kebun Kita, setiap individu dibekalkan dengan barangan seperti benih, tanah baja, biopestiside dan bahan tanaman juga manual tanaman, manakala peserta komuniti pula mendapat set sistem fertigasi dan lain-lain set perkebunan.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Pembangunan Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA Manong dapat memberi peluang dan pendedahan kepada golongan belia mengenai teknologi terkini yang tersedia dalam sektor pertanian, sekali gus mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar milik kerajaan.

Kaedah ini memberikan pulangan sehingga RM90,000 pada sesuatu tempoh dengan pengeluaran dua komoditi iaitu sayuran berdaun organik sebanyak 3.3 metrik dan ikan tilapia sebanyak 4,000 ekor.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Dengan misi “Memacu Pembangunan Sosioekonomi yang Mapan, Inklusif dan Dinamik”, pelan Perak Sejahtera 2030 menggariskan 6 agenda utama dalam memacu aspirasi rakyat yang inginkan kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Pelan Perak Sejahtera 2030 dirangka untuk menjadi garis panduan bagi mencapai matlamat utama negeri, Perak Makmur, Rakyat Sejahtera.

Perak Sejahtera 2030 merupakan sebuah pelan pembangunan negeri komprehensif yang dirangka untuk pembangunan jangka panjang negeri Perak.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Saksikan secara langsung Majlis Pelancaran Perak Sejahtera 2030

Tarikh: 15 Jun 2022 (Rabu)
Masa: 2 petang
Di Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

www.facebook.com/sukperak/

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Kira detik 2 hari lagi Pelancaran Pelan Perak Sejahtera 2030.

Plan Perak Sejahtera merupakan blueprint perancangan yang berpaksikan goalpost, yang akan membawa kemakmuran kepada Negeri Perak untuk dinikmati rakyat.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Perak kaya dengan sumber tenaga boleh baharu. Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), penjanaan tenaga elektrik tahunan untuk projek-projek teknologi tenaga boleh baharu di negeri Perak adalah sebanyak 304.27 gigawatt jam (GWj) pada akhir tahun 2018. Negeri Perak berada pada kedudukan keempat di belakang negeri Sabah, Selangor dan Pahang. Dengan sumber TBB ini juga, akan menjadi pemangkin pembangunan dan memacu kemajuan negeri.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

PRE Perak Sejahtera pada tahun ini telah diluluskan dengan peruntukan RM23 juta mengikut portfolio Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Biz Nita merupakan salah satu program yang memperuntukkan bantuan peralatan dan bantuan tunai one off yang disalurkan khusus buat usahawan wanita di Negeri Perak. Program ini dilaksanakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

5 HARI LAGI - MAJLIS PELANCARAN PELAN PERAK SEJAHTERA 2030

YAB Dato' Seri Haji @saaranimohamadofficial , Menteri Besar Perak akan melancarkan blueprint Pelan Perak Sejahtera 2030 pada 15 Jun 2022 nanti.

Saksikan secara langsung di Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak: https://www.facebook.com/sukperak/

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Melalui Program Geran Pemangkin Ekonomi Budaya, Think City, rakyat negeri Perak akan mendapat manfaat geran bagi memperluaskan pemahaman awam tentang kepentingan budaya. Ini menjanjikan potensi besar bagi negeri Perak sebagai sebuah destinasi warisan arkeologi antarabangsa. Think City bakal memberi fokus awal kepada Lenggong, Kuala Kangsar dan Taiping.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Kerajaan Perak meletakkan sasaran 6 juta pelancong domestik pada tahun 2022, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik. Trend kedatangan pengunjung yang meningkat dapat membantu menjana semula ekonomi negeri Perak selepas pandemic.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Kenapa kena buat pelan Perak Sejahtera ni? Apa goalpost pelan ni?

Kalau nak tau, jom kita dengar apa YAB Dato’ Seri @saaranimohamadofficial cakap tentang Pelan Perak Sejahtera 2030 ni.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Apa tu Perak Sejahtera 2030?

Moh kita dengar apa YAB @saaranimohamadofficial cakap tentang Pelan Perak Sejahtera 2030 ni.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Dirgahayu Tuanku.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Pelaksanaan kerjasama program empowerNCER Akademik@Perak antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) & Jabatan Pendidikan Perak (JPN) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mampu merintis kejayaan pembangunan modal insan terutama golongan pelajar sasaran B40 untuk mengurangkan kadar pelajar keciciran di negeri ini.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

This error message is only visible to WordPress admins
Error: Invalid Feed ID.

Dapat berita terkini dari kami