DASHBOARD DASHBOARD GIS
Perak Sejahtera 2030
  • HOME
  • ABOUT
    • PERAK SEJAHTERA 2030
    • PRINCIPLES
    • TARGET
  • FLAGSHIP
  • DISTRICT NICHE
  • GALLERY
    • MEDIA
    • NEWS
    • BLOG
  • GOV DIRECTORY
    • ROYAL INSTITUTION OF PERAK
      • PERAK STATE LEGISLATIVE ASSEMBLY
      • ORANG BESAR JAJAHAN (TERRITORIAL DIGNITARIES)
    • STATE DEPARTMENTS & AGENCIES OF PERAK
      • STATE DEPARTMENTS
      • DISTRICT AND LAND ADMINISTRATION OFFICES
      • LOCAL AUTHORITIES
      • STATE STATUTORY BODIES / GOVERNMENT-LINKED COMPANIES (GLCS)
    • STATE GOVERNMENT OF PERAK DARUL RIDZUAN
      • MEMBERS OF THE PERAK STATE EXECUTIVE COUNCIL (EXCO)
      • PERAK STATE LEGISLATIVE ASSEMBLY
      • MEMBERS OF PARLIAMENT, PERAK
    • FEDERAL DEPARTMENTS, AGENCIES & STATUTORY BODIES
      • FEDERAL DEPARTMENTS AND STATUTORY BODIES
  • FAQ
  • REPORT
DASHBOARD DASHBOARD GIS
Perak Sejahtera 2030
  • HOME
  • ABOUT
    • PERAK SEJAHTERA 2030
    • PRINCIPLES
    • TARGET
  • FLAGSHIP
  • DISTRICT NICHE
  • GALLERY
    • MEDIA
    • NEWS
    • BLOG
  • GOV DIRECTORY
    • ROYAL INSTITUTION OF PERAK
      • PERAK STATE LEGISLATIVE ASSEMBLY
      • ORANG BESAR JAJAHAN (TERRITORIAL DIGNITARIES)
    • STATE DEPARTMENTS & AGENCIES OF PERAK
      • STATE DEPARTMENTS
      • DISTRICT AND LAND ADMINISTRATION OFFICES
      • LOCAL AUTHORITIES
      • STATE STATUTORY BODIES / GOVERNMENT-LINKED COMPANIES (GLCS)
    • STATE GOVERNMENT OF PERAK DARUL RIDZUAN
      • MEMBERS OF THE PERAK STATE EXECUTIVE COUNCIL (EXCO)
      • PERAK STATE LEGISLATIVE ASSEMBLY
      • MEMBERS OF PARLIAMENT, PERAK
    • FEDERAL DEPARTMENTS, AGENCIES & STATUTORY BODIES
      • FEDERAL DEPARTMENTS AND STATUTORY BODIES
  • FAQ
  • REPORT

Media

Scroll Down
Perak Sejahtera 2030 > Media
  • Perak Sejahtera Instagram
  • Stratcomm Perak Instagram

peraksejahtera

Perak Sejahtera Akaun rasmi Perak Sejahtera 2030 #PerakSejahtera #PerakSejahtera2030

Dari seorang penolong jurutera, kepada penternak, Dari seorang penolong jurutera, kepada penternak, petani & pemborong ikan air tawar yang mampu menjana pendapatan lima angka sebulan.Ini kisah Asmadi Ahmad @ Che Amat, 45 tahun, dari Kampung Air Papan, Kampar.#PerakSejahtera2030
Dari bisnes printing yang terjejas teruk akibat pa Dari bisnes printing yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, kepada usahawan kuih siput pelbagai perisa yang digemari ramai.Ini kisah pasangan suami isteri, Shayani Sarip & Muhammad Saddad atau Abe Mat dari Kuala Kangsar, Perak.#PerakSejahtera2030
Dari Technicial Elektrik kepada Petani Moden Berja Dari Technicial Elektrik kepada Petani Moden Berjaya.Ini kisah petani muda Perak, Yusuf Jamal Khair, 31 tahun dari Kampung Lubuk Pusing, Beruas.Dulu dia belajar tanam cili dari YouTube & Facebook je. Hari ini, Yusuf mampu tuai purata satu tan cili setiap bulan untuk dipasarkan kepada pemborong tempatan serta Pasar Borong Selayang.Kisah Yusuf ini wajar jadi inspirasi kepada anak muda Perak yang lain yang nak berkecimpung dalam bidang pertanian.#PerakSejahtera2030
Dari Penolong Pegawai Tadbir kepada Pengusaha Dims Dari Penolong Pegawai Tadbir kepada Pengusaha Dimsum yang Berjaya.Ini kisah Usahawan Wanita Perak, Hasnah Ahmad Shah Azizi, 60 tahun dari Gopeng, Perak.#PerakSejahtera2030
Dari jaga bapa yang sakit kepada Pengusaha Khidmat Dari jaga bapa yang sakit kepada Pengusaha Khidmat Jagaan Warga Emas Professional.Ini kisah usahawan wanita Perak, Habibah Yoosef, 53 tahun dari Ipoh, Perak.#PerakSejahtera2030
Dari industri oil & gas kepada restoran satay send Dari industri oil & gas kepada restoran satay sendiri di Tanjung Malim.Ini kisah usahawan muda Perak, Sharul Nizam Hussain, pengusaha Restoran Satay Ali.#PerakSejahtera2030
Kisah Kad Perak Sejahtera yang bantu ringankan beb Kisah Kad Perak Sejahtera yang bantu ringankan beban banyak keluarga.#PerakSejahtera2030
Dari Seorang Pengawal Keselamatan kepada Tukang Ma Dari Seorang Pengawal Keselamatan kepada Tukang Masak Char Kuey Tiow yang digemari ramai.Ini kisah usahawan Perak, Joehari Sapin dari Kampung Changkat Madrasah, Batu Kurau, Perak.#PerakSejahtera2030
Dari OKU Kudung Tangan Kiri kepada Usahawan Berjay Dari OKU Kudung Tangan Kiri kepada Usahawan Berjaya.Ini kisah OKU Perak, Mohd Nazri Hussin dari Tanjung Piandang.#PerakSejahtera2030
Dari kematian suami, ibu tunggal ini bangkit denga Dari kematian suami, ibu tunggal ini bangkit dengan produk kerepek berasaskan daun herba hasil usahanya sendiri.Ini kisah usahawan wanita Perak, Noorhayati Zakaria dari Kuala Kangsar.#PerakSejahtera2030
Ini kisah anak muda Perak, Muhammad Danish Iman Mu Ini kisah anak muda Perak, Muhammad Danish Iman Muhammad Zainal Abidin dari Alor Pongsu.Walaupun dia hidup dalam serba kekurangan & kehilangan kasih ibu ketika di awal usianya, anak muda ini mampu meraih keputusan cemerlang dalam STPM dengan CGPA 3.83.#PerakSejahtera2030
Siapa sangka, dalam tenang, hari ini Perak muncul Siapa sangka, dalam tenang, hari ini Perak muncul antara negeri dengan pertumbuhan ekonomi tertinggi di Malaysia💪🏻#PerakSejahtera2030
Dari electrical engineering kepada petani moden ta Dari electrical engineering kepada petani moden tanaman terung.Ini kisah anak muda Perak, Dinesh a/l Rajendran dari Tanjung Malim yang memilih sektor pertanian sebagai sumber rezeki.#PerakSejahtera2030
Dulu, dia gunting rambut suka-suka je. Hari ini di Dulu, dia gunting rambut suka-suka je. Hari ini dia berjaya miliki premis gunting rambutnya sendiri.Ini kisah anak muda Perak, Mohd. Rezza Abdul Shukor dari Ipoh.#PerakSejahtera2030
Ini kisah Pasar Pagi Sungai Bayor di Selama, Perak Ini kisah Pasar Pagi Sungai Bayor di Selama, Perak yang merupakan pasar pagi terpanjang di Malaysia sejauh 2.32 kilometer.Dari hujung nak ke hujung sana, mengah kome.Pasar ini kini telah menjadi satu tarikan pelancongan di Selama.#PerakSejahtera2030
Ini kisah wanita Perak, Puan Azian Abd Mauluk dari Ini kisah wanita Perak, Puan Azian Abd Mauluk dari Tapah yang berjaya bangkit dari titik terendah dalam hidupnya.Dulu, selepas berpisah dengan suami, hidupnya tak mudah. Terpaksa hidup menumpang, besarkan empat anak sendiri dan mula semula hidup dari bawah.Tapi Puan Azian tak cepat mengalah....#PerakSejahtera2030
Ini kisah Jasmine Haron, anak Kampung Orang Asli A Ini kisah Jasmine Haron, anak Kampung Orang Asli Air Denak, Tronoh, Perak.Jasmine merupakan satu-satunya anak kampung itu yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Walaupun dibesarkan dalam serba kekurangan dan kehilangan ayah sejak kecil, Jasmine tidak pernah menjadikan kesusahan hidup sebagai alasan untuk berhenti mengejar cita-cita.Jasmine punya impian nak jadi wartawan dan mahu angkat lebih banyak kisah serta suara masyarakat Orang Asli.Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak-anak Perak bahawa latar belakang bukan penghalang untuk mengubah masa depan.#PerakSejahtera2030
Dari sebuah kolam terbiar milik arwah Atuk, kepada Dari sebuah kolam terbiar milik arwah Atuk, kepada menjana pendapatan lumayan dengan membekalkan hasil ikan ke seluruh negeri.Ini kisah usahawan muda Perak, Ahmad Muttaqin Khairul dari Kampung Batu Enam, Tapah.#PerakSejahtera2030
Dari sampah kepada sumber pendapatan. Ini kisah k Dari sampah kepada sumber pendapatan.Ini kisah komuniti penduduk Taman Chepor Idaman, Ipoh.#PerakSejahtera2030
Ini kisah Mohd Ismail, usahawan kulit berjaya dari Ini kisah Mohd Ismail, usahawan kulit berjaya dari Tanjung Malim, Perak.#PerakSejahtera2030
Follow on Instagram
Persatuan Pembangunan Komuniti Daerah Perak Tengah Persatuan Pembangunan Komuniti Daerah Perak Tengah dengan kerjasama Institut Agro dan Keusahawanan (IGROW) akan menganjurkan Festival Durian Antarabangsa Kampung Gajah (KGIDF2025) yang dijangka bermula 15 Oktober hingga 30 November ini di Kompleks Desa Warisan IGROW dan beberapa lokasi terpilih sekitar Kampung Gajah, Perak Tengah. Festival berkenaan turut akan menerima kunjungan khas Gabenor Wilayah Pattani dan delegasi Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand (SPBAC), Ianya bakal disempurnakan DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.Pengerusi Persatuan Pembangunan Komuniti Daerah Perak Tengah, Encik Nordin Abdul Malek yang juga Pengerusi Eksekutif IGROW berkata festival tersebut diadakan bagi mengangkat durian Kampung Gajah sebagai produk agrotani bertaraf global dan bakal yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk komuniti, usahawan, institusi pendidikan serta media serantau. “Festival selama lebih sebulan ini akan menampilkan pelbagai aktiviti interaktif dan berunsur pendidikan yang melibatkan pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta pelajar antarabangsa.”“Penyertaan golongan muda ini penting untuk memupuk minat terhadap bidang pertanian moden dan inovasi dalam industri durian, di samping memperkenalkan potensi Kampung Gajah sebagai destinasi agropelancongan utama di rantau ini,” katanya.Katanya Festival Durian Antarabangsa Kampung Gajah 2025 dijangka menjadi acara tahunan yang mampu menarik pelancong domestik dan antarabangsa serta memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat di Perak Tengah, Ianya platform strategik untuk memperkukuh potensi ekonomi setempat menerusi sektor agropelancongan, warisan dan keusahawanan tani moden.“Selain itu juga acara turut akan diserikan dengan pelancaran buku “Randau Demi Negara” oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib,” Tambahnya.Sumber:BERNAMAInfografik Rezza Shah “Perak Sejahtera 2030”Ikuti perkembangan lanjut di media sosial rasmi kami: @stratcommperak (Instagram, TikTok & Facebook)#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani
Ceramah Pelan Perak Sejahtera 2030 akan berlangsun Ceramah Pelan Perak Sejahtera 2030 akan berlangsung di Dewan Pejabat Daerah & Tanah Tanjung Piandang 🏛📲 Tak sempat hadir? Jangan risau - ikut siaran langsung di TikTok @StratCommPerak jam 2.00 petang (Khamis, 9 Okt 2025)Kupasan santai tapi padat tentang hala tuju pembangunan negeri & kejayaan agenda #PerakSejahtera2030 #StratCommPerak#PelanPerakSejahtera2030#PerakMakmurRakyatSejahtera#MalaysiaMadani
Selepas hampir 40 tahun beroperasi di Shah Alam, P Selepas hampir 40 tahun beroperasi di Shah Alam, Pihak Proton Holdings Bhd. (PROTON) memindahkan sepenuhnya seramai 1,400 kakitangan bahagian pembuatan dari kilangnya di Shah Alam ke Lembah Berteknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjong Malim, Perak yang dilengkapi kemudahan berteknologi tinggi.Kilang di AHTV turut memperkenal sistem pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama syarikat itu. Kilang tersebut juga beroperasi berasaskan prinsip Industri 4.0, dilengkapi dengan mesin tekan mekanikal terbesar di Malaysia serta barisan pengeluaran enjin baharu, satu-satunya di luar China yang menghasilkan enjin 1.5 TGDi.Menurut PROTON ianya kejayaan memusatkan semua aktiviti pemasangan, penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan di satu lokasi strategik, menjadikan kemudahan Tanjong Malim sebagai teras utama AHTV bertaraf dunia dan antara tapak automotif terkemuka di Asia Tenggara.“Kilang Tanjong Malim merangkumi lima bahagian pengeluaran utama iaitu pemesinan enjin dan transmisi, penghentakan, pemasangan badan, cat, pencantasan dan pemasangan akhir, yang membolehkan penyelarasan pengeluaran model secara lebih cekap seperti Proton Siri-X, S70 dan model Saga,” Menerusi kenyataanya.Langkah tersebut PROTON sebagai rangkaian vendor tempatan serta menjadikan kilang di Tanjong Malim sebagai hab utama eksport kenderaan pemanduan sebelah kanan bagi Kumpulan Geely di Asia Tenggara, selain menjadi lokasi pertama kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.“Komitmen PROTON dalam memperkukuh rantaian bekalan yang berdaya tahan bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekosistem pembekal tempatan, malah membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor EV dan perkhidmatan teknikal di negara ini,” Tambah kenyataan tersebut.Sumber:Berita HarianInfografik Rezza Shah “Perak Sejahtera 2030”Ikuti perkembangan lanjut di media sosial rasmi kami: @stratcommperak (Instagram, TikTok & Facebook)#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani
Bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kes Bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Perak dan rangka Lawatan Kerja Penanda Aras Pengurusan Sempadan Kerajaan Negeri Perak di Negeri Sabah. YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Kehadiran YAB telah disambut oleh Komander ESSCOM, YDH DCP Datuk Victor B Sanjos pagi tadi di Lahad Datu. Lawatan yang julung kali diadakan oleh YAB Menteri Besar Perak selama 4 hari yang bermula pada 2 Oktober 2025 dan dijangka berakhir pada 5 Oktober 2025.Lawatan di Pejabat ESSCOM bertujuan untuk delegasi melihat sendiri perkembangan situasi keselamatan semasa, pengoperasian pasukan keselamatan di perbatasan serta pelaksanaan program kemasyarakatan dan peningkatan sosioekonomi komuniti yang diterajui oleh ESSCOM di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).Hadir sama Pegawai Daerah Lahad Datu, YBhg. Tuan Firuz Idzualdeen@Benetty bin Mohd. Dzul, Panglima Armada Barat, YBhg. Laksamana Madya Dato’ Baharudin bin Wan Md Nor, Panglima 2 Briged, YBhg. Brigedier Jeneral Mohd Rosli bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Sahibul Fadilah Dato’ Haji Harith Fadzilah bin Abdul Halim, Pengarah Majlis Keselamatan Negera Negeri Perak, YBrs. Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, Timbalan Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Mohamad Ismail bin Kamarudin, Pengarah Bahagian Tindakan Awam ESSCOM, Encik Georgie Abas serta Pengarah dan Ketua-Ketua Staf Bahagian ESSCOM dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan/ agensi Persekutuan dan Negeri Perak.Seterusnya, YAB Menteri Besar Perak dan delegasi lawatan dengan diiringi YDH Datuk KEC telah mengadakan tinjauan selain berkesempatan menyantuni para anggota barisan hadapan yang bertugas di Pos Pasukan Gerakan Am PDRM dan Pos Maritim APMM Inderasabah yang terletak di Kampung Angkat MADANI ESSCOM, Tawau.Sumber: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)Infografik Rezza Shah “Perak Sejahtera 2030”Ikuti perkembangan lanjut di media sosial rasmi kami: @stratcommperak (Instagram, TikTok & Facebook)#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani
Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Ma Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Makan Malam YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama Pegawai-Pegawai Tinggi Anak Perak yang berkhidmat di pelbagai Jabatan & Agensi Kerajaan, yang telah menghimpunkan barisan pegawai tertinggi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.Majlis tersebut menjadi wadah penting bagi memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan negeri dan persekutuan, platform perkongsian idea serta pandangan antara kedua-dua pihak serta sebagai simbol penghargaan terhadap peranan aktif serta sumbangan berterusan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi pusat dalam menyokong hala tuju pembangunan negeri selaras dengan matlamat Pelan Perak Sejahtera 2030.Turut Hadir pada majlis tersebut Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Dato’ Mohammad Zahir Dato’ Abdul Khalid, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Ketua Polis Negara, YBhg. Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak YB Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB Dato’ Mohd Zaki Mahyudin, Barisan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan YBhg. Dato’ Seri Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohat, serta pimpinan tertinggi agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan.
Pada sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat, Timbalan Pada sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii memaklumkan, Perak adalah salah satu dari enam negeri lain yang berisiko dilanda gempa bumi. Antara negeri-negeri lain yang berisiko termasuklah Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan Sabah serta Sarawak.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan mengenai kajian saintifik MetMalaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia JMG untuk mengesan punca berlakunya gegaran berulang di Segamat dan Batu Pahat serta lokasi Jain yang berisiko berdepan fenomena sama pada masa hadapan.Menurutnya, kajian pemetaan sesar aktif Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Peta Seismotektonik Malaysia mendapati zon sesar di enam negeri itu, yang dikenal pasti terdedah kepada ancaman bencana alam tersebut. Sehubungan itu, beliau berkata pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia yang diterbitkan oleh JMG dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), universiti tempatan dan agensi teknikal berkaitan kini sedang dilaksanakan.“Pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia dengan mengambil kira maklumat terkini seperti kejadian gempa bumi yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini, kewujudan sesar aktif bahan geologi dan maklumat siasatan tanah.MetMalaysia dan JMG bekerjasama memantau aktiviti gempa bumi di negara ini bagi memastikan sistem amaran dan tindak balas bencana berfungsi dengan lebih berkesan.“Bagi tujuan ini, MetMalaysia akan melaksanakan Projek Pemerkasaan Perkhidmatan Gempa Bumi dan Tsunami Fasa 2 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).” UjarnyaSumber:BERNAMAInfografik Rezza Shah “Perak Sejahtera 2030”Ikuti perkembangan lanjut di media sosial rasmi kami: @stratcommperak (Instagram, TikTok & Facebook)#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani
Menerusi hantaran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Mel Menerusi hantaran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Pihaknya sekali lagi melakar sejarah, apabila seramai 100 peserta Program TVET MAIPk telah dihantar mengikuti Kursus T-BOSIET (Tropical Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training) di Akademi Binaan Malaysia (ABM). Dengan harapan yang tinggi dari pihak MAIPk serta tajaan hasil kutipan zakat, Para peserta akan menjalani latihan intensif sebelum ditempatkan terus ke industri pekerjaan yang menuntut kemahiran profesional dan disiplin yang tinggi dan seterusnya akan mengikuti latihan serta ditempatkan dalam industri pekerjaan.Pihak MAIPk turut menekankan bahawa kemiskinan serta asal-usul peserta bukan penghalang kejayaan sebaliknya ilmu dan usaha akan memastikan kejayaan mereka.Sumber:MAIPkInfografik Rezza Shah “Perak Sejahtera 2030”Ikuti perkembangan lanjut di media sosial rasmi kami: @stratcommperak (Instagram, TikTok & Facebook)#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani
Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Ipoh (MBI Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) komited dalam memastikan semua pembinaan pondok pengawal di kawasan perumahan dilaksanakan secara teratur, selamat, dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Langkah ini merupakan usaha bagi memastikan keselamatan komuniti.Pembinaan pondok pengawal di bawah Skim Komuniti Berpengawal (bukan strata) digalakkan, namun ia tertakluk kepada kelulusan rasmi MBI sekiranya mengikut garis panduan serta prosedur yang ditetapkan, bagi mengelakkan risiko keselamatan dan gangguan terhadap pengguna jalan rayaSehubungan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching telah mengadakan lawatan tapak ke pondok pengawal di Taman Putra Pertama dan Meru Valley. Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Mazlan Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli-Ahli Majlis, Puan Jaslina Saidin, Timbalan Pengarah Perancang Bandar MBI, serta wakil jabatan dalaman MBI.“MBI telah menerima empat permohonan rasmi untuk pelaksanaan Skim Komuniti Berpengawal dan pembinaan pondok pengawal, Walau bagaimanapun, tiada permohonan yang diluluskan kerana gagal menepati garis panduan MBI.Ianya disebabkan binaan berada di rezab jalan awam, tidak mematuhi jarak keselamatan lalu lintas, kekurangan dokumen sokongan, serta ketiadaan pengesahan rasmi PDRM.”MBI mengingatkan Persatuan Penduduk (RA) bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyenggara pondok pengawal, memastikan tiada gangguan jalan raya serta menanggung semua kos penyelenggaraan dan operasi.Kerajaan negeri serta MBI menyokong penuh inisiatif komuniti bagi memperkukuh keselamatan kejiranan, namun setiap langkah hendaklah mendapat kelulusan bertulis dan mematuhi semua garis panduan demi menjaga kepentingan awam, keselamatan pengguna jalan, dan imej bandar raya.Sumber:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)Infografik Rezza Shah “Perak Sejahtera 2030”Ikuti perkembangan lanjut di media sosial rasmi kami: @stratcommperak (Instagram, TikTok & Facebook)#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani
| 1.0 | Program Jelajah YAKIN 2025 telah berlangsu | 1.0 | Program Jelajah YAKIN 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Pulau Gajah, Kampung Gajah, Perak.Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak (STRATCOMM Perak) yang bertujuan untuk menjelaskan, memperincikan serta memperkukuh kefahaman rakyat terhadap kejayaan dan pencapaian semasa Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak.Masyarakat setempat turut diberi pencerahan mengenai pencapaian Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam tempoh tiga tahun pelaksanaannya, termasuk inisiatif yang telah memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri.Jelajah ini juga menjadi platform penting untuk menjawab tohmahan dan memperbetulkan persepsi terhadap dasar-dasar kerajaan, di samping mendekatkan pemimpin dengan rakyat bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan benar-benar difahami dan dirasai manfaatnya oleh semua lapisan masyarakat.#JelajahYAKIN#StratCommPerak#PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani #perakmakmurrakyatsejahtera
4 Oktober 2025, Pasir Salak - StratComm Perak men 4 Oktober 2025, Pasir Salak - StratComm Perak  menjelajah ke 26 kawasan di seluruh negeri Perak bagi menerangkan dengan lebih jelas tentang YAKIN – Yakin Kejayaan Inisiatif Negeri, termasuklah pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030.Lokasi pertama Jelajah ini adalah di DUN Kampung Gajah iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Gajah bermula pada jam 2.30 petang.Penerangan telah disampaikan sendiri oleh Ybhg En. Muhamad Iqbal Jamal bin Jamaludin, Pengarah Stratcomm Perak berkenaan Perak Sejahtera 2030 dan 5 projek berimpak tinggi yang disenaraikan di bawah RMK-13 bagi memperkukuhkan Pelan Perak Sejahtera 2030 adalah Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP), Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV), Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), Taman Perindustrian Halal Perak (Perak HIP), dan pembangunan industri berkaitan logam nadir (REE). Projek-projek ini bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri melalui pelaburan, penciptaan pekerjaan, pembangunan infrastruktur, dan menumpukan kepada ekonomi digital dan kelestarian. Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi DUN Kampung Gajah, Saudara Khairul Azwan bin Dato’ Ir. Haji Harun“Perak Sejahtera 2030” Ikuti perkembangan lanjut di media sosial rasmi kami: @stratcommperak (Instagram, TikTok & Facebook)#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani #JelajahYAKIN2025
Bersempena dengan Program Mesra Hari Bertemu Pelan Bersempena dengan Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 yang berlangsung di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Ipoh pada Isnin lalu, kami berpeluang menyampaikan sesi Pocket Talk berkaitan Pelan Perak Sejahtera. Dalam sesi tersebut, turut dikongsikan tiga pencapaian terkini yang berjaya direalisasikan oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai bukti kesungguhan dalam melaksanakan dasar pembangunan menyeluruh.Pencapaian ini melambangkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, di samping memperkukuh hala tuju Perak Sejahtera 2030 sebagai pelan pembangunan inklusif dan mampan untuk seluruh negeri.“Perak Sejahtera 2030”Jom ikuti link media sosial kami:-https://linktr.ee/stratcommperak#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani
*JELAJAH YAKIN 2025* StratComm Perak bakal menjel *JELAJAH YAKIN 2025*StratComm Perak bakal menjelajah ke 26 kawasan di seluruh negeri Perak bagi menerangkan dengan lebih jelas tentang YAKIN – Yakin Kejayaan Inisiatif Negeri, termasuklah pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030.📍 Lokasi pertama:DUN N.50 Kampung Gajah📅 4 Oktober 2025 (Sabtu)🕑 2.00 petang🏢 Dewan Serbaguna Kampung Pulau GajahMari bersama kita fahami kesungguhan YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad serta komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam memastikan kesejahteraan rakyat.✨ Hadir beramai-ramai dan bersama kita sebarkan keyakinan menuju kejayaan!📲 Ikuti perkembangan lanjut di media sosial rasmi kami: @stratcommperak (Instagram, TikTok & Facebook)
Misi Global Sumud Flotilla “Cukuplah Allah (menja Misi Global Sumud Flotilla“Cukuplah Allah (menjadi penolong) kami, dan Dia sebaik-baiknya pelindung.”Kami menyatakan sokongan penuh terhadap Misi Sumud Nusantara yang disertai oleh rakyat Malaysia bersama Global Sumud Flotilla dalam membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.Kami juga mendoakan agar seluruh sukarelawan, petugas dan rakyat Malaysia yang terlibat sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta dikurniakan kekuatan untuk menunaikan amanah besar ini.Semoga usaha ini menjadi bukti solidariti tanpa sempadan dan suara teguh rakyat Malaysia, khususnya dari Negeri Perak, dalam memperjuangkan hak serta kebebasan rakyat Palestin.Infografik Rezza Shah “Perak Sejahtera 2030”Jom ikuti link media sosial kami:-https://linktr.ee/stratcommperak#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani #SelamatkanGaza #SaveGaza #SumudNusantara
Berikutan isu yang tular berkenaan Surau Al-Karama Berikutan isu yang tular berkenaan Surau Al-Karamah, Pengkalan Pertama yang dikatakan bakal dirobohkan untuk projek pembinaan jalan raya, Pengerusi Masjid tersebut, Rosli Mhd Daud memaklumkan, isu tersebut telah lama selesai dan ianya telah pun digantikan dengan bangunan surau baharu yang lebih selesa. Isu tersebut turut mendapat perhatian DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mengarahkan perobohan tidak boleh dijalankan sehingga bangunan surau yang baharu disiapkan. Surau baharu telahpun siap dibina tahun lalu dengan segala kelengkapan untuk kegunaan surau disediakan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).“Kami juga sudah berjumpa dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani Mohamad, yang memberi respons positif dan dimaklumkan masjid ini antara empat projek masjid baharu yang berada dalam senarai perhatian kerajaan negeri.”Penduduk setempat turut menerima baik pemindahan ke bangunan surau baharu yang lebih selesa dan mengimarahkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak ia dibuka dan menolak cubaan pihak luar yang cuba mengapi-apikan keadaan melalui dakwaan tidak tepat.“Tidak sepatutnya orang luar cuba mensensasikan perkara yang mereka dengar hanya daripada sebelah pihak, kemudian membuat kesimpulan yang tidak tepat.“Sejak surau baharu dibina, semua aktiviti di sini semakin meriah termasuk sambutan keagamaan, kenegaraan dan jamuan Hari Raya yang dihadiri 300 hingga 400 orang,” katanya.Sumber:Sinar HarianInfografik Rezza Shah “Perak Sejahtera 2030”Jom ikuti link media sosial kami:-https://linktr.ee/stratcommperak#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani
Inisiatif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerus Inisiatif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di Terowong Menora, Perak berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya secara ketara.Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dato’ Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, lokasi tersebut yang mencatatkan insiden kemalangan hampir setiap minggu  mencatatkan kadar penurunan selepas pemasangan sistem tersebut.“Selepas pemasangan AWAS, kadar kemalangan menurun dengan ketara. Ada lokasi yang hampir dua bulan tidak mencatatkan sebarang kemalangan, sedangkan sebelum ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap minggu.“Ini membuktikan keberkesanan sistem ini dalam meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya,” katanya.Tambahnya, tujuan utama pemasangan kamera AWAS bukanlah untuk mengutip saman, sebaliknya bagi mendidik pemandu supaya lebih berhati-hati, khususnya di kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan.Sumber:KOSMOInfografik Rezza Shah “Perak Sejahtera 2030”Jom ikuti link media sosial kami:-https://linktr.ee/stratcommperak#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Komuniti India dan Intergrasi Nasional Negeri Perak, YB Encik Sivanesan Achalingam memaklumkan Polisi Larangan Lesen Penjualan Rokok Elektronik atau Vape telah diluluskan kerajaan negeri berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.Polisi larangan tersebut telah dipersetujui pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini. Ianya dilaksanakan bagi mencegah risiko ketagihan nikotin dan kesan buruk bahan kimia yang terdapat dalam rokok elektronik, selain langkah tegas melindungi kesihatan rakyat, khususnya generasi muda.“Vape yang sering dipasarkan dengan perisa menarik bukan sahaja boleh menjadi pintu masuk kepada tabiat merokok, malah berpotensi disalahgunakan dengan campuran bahan terlarang seperti dadah.” Katanya.Bermula pada tarikh kuat kuasa tersebut, lesen penjualan tidak lagi boleh diperbaharui melalui penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).“Larangan ini terpakai ke atas semua kategori premis perniagaan di seluruh negeri tanpa pengecualian jenis dan waktu operasi.“Kita akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu melalui PBT dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan lain,” Ujarnya.Tambahnya, Perak telah merekodkan pelbagai kes serius dan penyalahgunaan vape, antara yang dikesan termasuk 44 kes EVALI (kecederaan paru-paru berkaitan vape) dan 27 kes non-EVALI, manakala 111 kes keracunan nikotin.Sumber:KOSMOInfografik Rezza Shah “Perak Sejahtera 2030”Jom ikuti link media sosial kami:-https://linktr.ee/stratcommperak#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizz DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, kepimpinan berlandaskan pemikiran baharu serta penetapan hala tuju penting bagi menangani cabaran perubahan iklim dengan berkesan, dan setiap tindakan harus dilihat melalui Maqasid al-Syariah serta menuntut penyelesaian yang berani, bersifat kolektif dan berteraskan inovasi.Baginda bertitah bersempena Persidangan Meja Bulat ke-16 anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), bertemakan “Guardians of the Earth: Climate Action Through the Lens of Maqasid al-Shariah”, persidangan tersebut turut dihadiri para kenamaan antarabangsa termasuk bekas Presiden Turkiye, Dr. Abdullah Gul dan bekas Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Dr. Mohammed Al-Sabah.Baginda turut menekankan bahawa isu perubahan iklim tidak seharusnya dipolitikkan dan memberi amaran bahawa ketiadaan kesepakatan di peringkat global menjadi menghalang utama kepada pelaksanaan penyelesaian yang berkesan. Kepentingan inovasi dalam teknologi hijau turut memainkan peranan menurut Baginda.“Perubahan iklim sepatutnya berada di luar batas politik kepartian. Namun, ia kini seakan-akan menjadi bola sepak politik, Akibatnya, kita masih gagal mencapai kesepakatan global yang amat diperlukan,” “Kita perlu memastikan bahawa teknologi hijau yang dibangunkan benar-benar menyelesaikan masalah, dan bukan sekadar mengalih atau memindahkannya.“Kita sudah menyaksikan panel solar dibuang secara membazir, ladang angin yang dibina mencemari laut dan bateri kenderaan elektrik menggunakan mineral nadir bumi yang diekstrak dalam keadaan yang merosakkan alam sekitar.“Justeru, kita tidak boleh sesekali beranggapan bahawa apa yang telah kita lakukan sudah mencukupi,” titah Baginda.Sumber:AWANIInfografik Rezza Shah “Perak Sejahtera 2030”Jom ikuti link media sosial kami:-https://linktr.ee/stratcommperak#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani #SultanPerak #KerabatPerak
Ipoh, 29 September 2025 – Kuliah Agama Siri 4/2025 Ipoh, 29 September 2025 – Kuliah Agama Siri 4/2025 berlangsung meriah di Laman Seri Ridzuan dengan kehadiran lebih 500 orang jemaah.Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang ini turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak. Forum bertajuk “Fitnah Itu Jahat” menampilkan penceramah terkenal Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, bersama Ahmad Nabil bin Ahmad sebagai moderator.Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Mohd Zaki Mahyudin.#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani #fyp #kuliahagama
| Sidang Media YAB Menteri Besar Perak | Kerajaa | Sidang Media YAB Menteri Besar Perak | Kerajaan Negeri akan mengadakan sesi dialog belanjawan pada malam ini bersama agensi kerajaan, ketua jabatan serta wakil rakyat bagi memastikan perancangan kewangan negeri lebih inklusif dan menyeluruh.Sehingga kini, lebih 4,000 pandangan telah diterima hasil kutipan maklum balas oleh Institut Darul Ridzuan (IDR). Data ini menjadi asas penting dalam merangka belanjawan yang menitikberatkan bukan sahaja pembangunan negeri, tetapi juga kebajikan rakyat, pendidikan dan usaha membasmi kemiskinan.#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani #fyp #belanjawan2026
29 September 2025, Ipoh - Pegawai Tadbir Unit Komu 29 September 2025, Ipoh - Pegawai Tadbir Unit Komunikasi Strategik Negeri Perak, En. Mohamad Annuar bin Ariffin telah dijemput untuk menyampaikan Ceramah  berkenaan Pelan Perak Sejahtera 2030 bagi sesi Pocket Talk yang berlangsung di Kolej Poly Tech MARA Ipoh bersempena dengan Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Siri Ke-7 Tahun 2025 .Dalam sesi penerangan tersebut, En. Annuar berkongsi beberapa pencapaian dan kejayaan Negeri Perak di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, khususnya melalui pelaksanaan dasar dan inisiatif di bawah agenda Perak Sejahtera 2030. Beliau dalam ceramahnya juga menekankan Lima projek kesan tinggi utama di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu Lumut Maritime Industrial City (LuMIC), Perak Halal Industrial Park (Perak HIP), Silver Valley Technology Park (SVTP), Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) dan Automotive High Technology Park.“Perak Sejahtera 2030”Jom ikuti link media sosial kami:-https://linktr.ee/stratcommperak#StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMadani
Follow on Instagram

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000, Ipoh Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Operation Hours:  Monday - Friday : 8:30 – 16:00
Email : peraksejahtera2030@gmail.com

BELANJAWAN 2026

Main Agendas

  • Food Security
  • Digital Economy
  • Data-Driven Decision Making
  • Malaysia TVET Corridor
  • Responsible Mining
  • Governance of State-Interest Projects
  • Social Development
  • Environmental Sustainability and Biodiversity
  • Empowerment of Local Authorities

People's Needs

  • Adequate Food Supply
  • Home Ownership
  • Quality Job Opportunities
  • Human Capital and Youth Development
  • Health and Well-being
logo© 2026. Hak cipta terpelihara.
Go to Top
  • HOME
  • ABOUT
    • PERAK SEJAHTERA 2030
    • PRINCIPLES
    • TARGET
  • FLAGSHIP
  • DISTRICT NICHE
  • GALLERY
    • MEDIA
    • NEWS
    • BLOG
  • GOV DIRECTORY
    • ROYAL INSTITUTION OF PERAK
      • PERAK STATE LEGISLATIVE ASSEMBLY
      • ORANG BESAR JAJAHAN (TERRITORIAL DIGNITARIES)
    • STATE DEPARTMENTS & AGENCIES OF PERAK
      • STATE DEPARTMENTS
      • DISTRICT AND LAND ADMINISTRATION OFFICES
      • LOCAL AUTHORITIES
      • STATE STATUTORY BODIES / GOVERNMENT-LINKED COMPANIES (GLCS)
    • STATE GOVERNMENT OF PERAK DARUL RIDZUAN
      • MEMBERS OF THE PERAK STATE EXECUTIVE COUNCIL (EXCO)
      • PERAK STATE LEGISLATIVE ASSEMBLY
      • MEMBERS OF PARLIAMENT, PERAK
    • FEDERAL DEPARTMENTS, AGENCIES & STATUTORY BODIES
      • FEDERAL DEPARTMENTS AND STATUTORY BODIES
  • FAQ
  • REPORT
EnglishEnglish
MalayMalay