A view of the sea
Sultan Nazrin Shah berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2022 Negeri Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. FOTO BERNAMA

Ipoh: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri istiadat sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini. 

Ketibaan baginda kira-kira jam 9 pagi diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah yang turut sama berangkat ke majlis sambutan itu.

Turut hadir, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, Datuk Mior Faridalathrash Wahid; Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Ajisdan Panglima Markas 2 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Azmurin Mat Khalib.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak diikuti pemeriksaan kawalan kehormat oleh Sultan Nazrin yang terdiri daripada tiga pegawai kanan polis dan 102 anggota lain-lain pangkat dari Batalion 1 Pasukan Gerakan (PGA) Brigade Utara, Ulu Kinta dipimpin oleh Pegawai Baris, Deputi Superintendan Md Shazni Md Shariff.

Sementara, pegawai pembawa panji-panji adalah Inspektor Mohd Izar Ramli dengan detasmen perhimpunan mengandungi seramai 780 pegawai dan anggota merangkumi 11 jabatan serta agensi kerajaan dan keselamatan.

Sebaik kawalan kehormat selesai, tiupan paluan akhir (Last Post) dimainkan dan bendera Jalur Gemilang kemudian diturunkan.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan doa khas Hari Pahlawan oleh Asisten Superintendan Mohd Mahyuddin Mohd Mokhtar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan diikuti deklamasi sajak bertajuk ‘Pahlawanku’ yang dideklamasikan oleh Asisten Superintendan Ahirrudin Mat Saat dari PGA Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebaik selesai, tiupan Rouse kemudian dimainkan dan Jalur Gemilang kembali dinaikkan semula diikuti lagu kebesaran negeri Perak sebelum kawalan kehormatan utama keluar perbarisan menandakan penamat upacara.

Source : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *