A view of the sea
SAARANI (dua kiri) diiringi Ab Aziz Ab (dua kanan) menyaksikan Yahanis (kiri) dan Idris (kanan) bertukar dokumen perjanjian ketika majlis MoU antara SADC dan LKTN.. FOTO Hairul Anuar Rahim

Serdang: Kerajaan Perak menerusi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) menyasarkan janaan pendapatan RM3.6 juta setahun dalam pengeluaran industri kenaf.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC Yahanis Yahya berkata, bermula tahun hadapan pihaknya dengan kerjasama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) akan melaksanakan projek tanaman selingan kenaf di ladang kelapa sawit berkeluasan 200 hektar.

“LKTN akan menyediakan subsidi kepada 50 peserta dari golongan B40 untuk mengusahakan tanaman selingan kenaf di atas ladang sawit berkeluasan 200 hektar.

“Melalui projek ini peserta akan memperoleh pendapatan RM5,000 sebulan dan untuk jangka panjang pula kita akan membina kilang proses dan mencipta 50 lagi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Dengan itu kita sasarkan anak syarikat Perak SADC akan memperoleh pendapatan tambahan bernilai RM3.4 juta setahun menerusi projek ini,” katanya selepas Majlis Pertukaran Memorandum Niat antara LKTN dengan Perak SADC di Pavilion Perak, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, semalam.

Sesi pertukaran memorandum itu disempurnakan Ketua Pengarah LKTN Idris Mohd Salleh dengan Yahanis serta disaksikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi LKTN Ab Aziz Ab Kadir.

Sementara itu, Saarani berharap lebih ramai pengusaha sama ada individu mahupun pihak koperasi mula menerokai peluang menerusi industri tanaman kenaf.

“Tanaman kenaf adalah salah satu prospek pendapatan baharu di Perak selain tanaman itu digunakan secara meluas dalam pembuatan kertas dan penghasilan makanan ternakan.

“LKTN ditubuhkan selepas kita mendapati kenaf adalah antara tanaman yang memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *