4 September 2022, Kuala Kangsar – Perak muncul sebagai negeri pertama yang melancarkan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Perak 2022 – 2030. Majlis pra pelancaran pelan tindakan ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak bertempat di Dewan Millenium, Lubok Merbau, Kuala Kangsar.

Pelan tindakan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) dalam usaha menggerakkan salah satu daripada enam Agenda Utama Perak Sejahtera 2030 iaitu Sekuriti Makanan.

Kerajaan Negeri Perak beriltizam untuk mempelopori sektor sekuriti makanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan import. Ini berdasarkan kelebihan dan potensi untuk menggembleng sumber sedia ada bagi memajukan sektor pertanian ke arah sekuriti makanan.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menggariskan matlamat untuk menyediakan bekalan makanan yang berkualiti, selamat dan berkhasiat melalui pengeluaran hasil makanan yang stabil, berterusan dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.

Melalui Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Negeri Perak 2022 – 2030, usaha-usaha akan memfokus dalam memperbanyak sumber dalaman dan mempelbagaikan sumber import; meningkatkan penglibatan swasta dan masyarakat dalam sistem rangkaian makanan; memastikan keberadaan makanan yang selamat dengan harga berpatutan dan gaya pemakanan sihat; dan memastikan kesiapsiagaan negeri dalam mengukuhkan jaminan sekuriti makanan.

Terdapat enam fokus utama pelaksanaan Pelan Tindakan ini termasuklah:

  1. Mengoptimumsumber&meningkatkanhasil
  2. Memperkasapenggunaanteknologi
  3. Pengukuhantadbirurus
  4. PemerkasaanDatadanPenyelidikan
  5. Pengukuhan kerjasama strategik dan pelaburan
  6. Pemerkasaanekonomikitaran

Negeri Perak turut menyasarkan matlamat untuk menjadi Hab Sekuriti Makanan yang terkemuka di Malaysia, dan di rantau Asia Tenggara dan dapat mempertingkat ekonomi khususnya kepada negeri, di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

TAMAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *