
Memanfaatkan Kesan Limpahan Pertumbuhan Ekonomi Negeri Bersempadan
Industri berpotensi:
Pertanian, Perikanan, Industri elektrik/elektronik dan Bio-industri
Industri berpotensi: Pertanian, Perindustrian dan Perdagangan & Pengurusan
Industri berpotensi:
Industri, Pusat perniagaan, Pelancongan warisan dan Pertanian dan rekreasi
Industri berpotensi:
Pertanian, Pembuatan (automotif), Perniagaan dan perkhidmatan, Industri, Pusat perniagaan dan Pelancongan warisan dan rekreasi
Konsep pengkhususan daerah merupakan inovasi strategik dan penyelarasan semua aspek termasuk sosial, ekonomi, budaya dan komersial serta peraturan kerajaan untuk menjaga imej destinasi. Ia juga adalah satu proses mencipta jenama bandar untuk lebih mudah mengenali dan memperkenalkannya kepada pasaran sasaran melalui beberapa penyataan kedudukan, logo, ikon, simbol dan media promosi.
Regional brands ditakrifkan sebagai aktiviti pemasaran untuk mempromosikan destinasi pelancongan kepada pelancong dalam negara mahupun luar negara.
Daerah Hulu Perak
Mengarusperdana Ekonomi Berteraskan Biodiversiti
Sektor berpotensi ialah pelancongan warisan dan ekopelancongan di Hulu Perak yang diperkasa untuk mengarusperdana ekonomi berteraskan biodiversiti.
Selain itu, pertanian berteknologi tinggi juga diberi tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran.
Daerah ini juga sebahagian dari Koridor Pelancongan Diraja Global.
Tumpuan Utama di Hulu Perak:
I.Pelancongan warisan dan ekopelancongan
II.Pertanian
III.Perindustrian
IV.Perdagangan dan Pengurusan
*Nota:
Senarai projek adalah yang terkini setelah Mesyuarat Pemurnian dan Pengesahan Projek Pengkhususan Daerah pada 7 Sept 2022.
Daerah Kerian:
Transformasi Jelapang Padi Pintar
Fokus utama kepada pengeluaran dan pemprosesan produk makanan (industri huluan dan hiliran) bagi Wilayah Utara Negeri Perak.
Selain itu, berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan penanaman padi berteknologi tinggi, selain memfokuskan sumber pertanian seperti perladangan dan komoditi iaitu kelapa sawit dan getah.
Tumpuan Utama Kerian:
I.Industri berasaskan pertanian
II.Sektor Perikanan
III.Industri elektrik / elektronik
IV.Bio-industri
Tumpuan Utama Kerian:
NCER Agri Economic Zone (NAEZ) @ Transkrian (Superfruits Valley, Pertanian Pintar untuk Akuakultur dan Inisiatif Penanaman Kelapa Matag Berskala Besar)
*Nota:
Senarai projek adalah yang terkini setelah Mesyuarat Pemurnian dan Pengesahan Projek Pengkhususan Daerah pada 7 Sept 2022.
Daerah Kerian:
Transformasi Jelapang Padi Pintar
Fokus utama kepada pengeluaran dan pemprosesan produk makanan (industri huluan dan hiliran) bagi Wilayah Utara Negeri Perak.
Selain itu, berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan penanaman padi berteknologi tinggi, selain memfokuskan sumber pertanian seperti perladangan dan komoditi iaitu kelapa sawit dan getah.
Tumpuan Utama Kerian:
I.Industri berasaskan pertanian
II.Sektor Perikanan
III.Industri elektrik / elektronik
IV.Bio-industri
Tumpuan Utama Kerian:
*Nota:
Senarai projek adalah yang terkini setelah Mesyuarat Pemurnian dan Pengesahan Projek Pengkhususan Daerah pada 7 Sept 2022.
Daerah Larut Matang Selama:
IKS Perindustrian Pintar
Sektor ekonomi: berasaskan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berpusat di Kamunting, manakala di kawasan Matang terkenal sebagai Industri Bakau, serta produk akuakultur.
Kedua-dua kawasan ini boleh dibangunkan sebagai ikon daerah dengan menjadikan Kamunting sebagai hab IKS Pintar Negeri Perak dan Matang sebagai sebuah industri pembekal kayu arang di persada antarabangsa.
Daerah ini juga sebahagian dari Koridor Pelancongan DiRaja Global dan Koridor TVET Malaysia
Daerah Kinta
Pelancongan Peradaban dan Kesejahteraan Nusantara
Mengambil peluang perkasakan ekonomi pengalaman menerusi sektor pelancongan yang berpotensi untuk dikembangkan melihat kepada kedudukannya yang strategik dan terletak di tengah-tengah wilayah serta mempunyai sumber tenaga sedia ada yang tinggi dan pelbagai.
Daerah ini juga sebahagian dari
Koridor TVET Malaysia.
Daerah Perak Tengah
Koridor TVET Malaysia
Daerah Kinta, Daerah Manjung, Daerah Kuala Kangsar dan Daerah Larut, Matang & Selama juga sebahagian koridor TVET. Disasarkan sebagai pusat institusi ilmu dan pertanian moden di samping mengekalkan kualiti alam persekitaran semula jadi dan warisan sejarah.
Pembangunan dan perkembangan institusi pendidikan tinggi dapat dijadikan sebagai hab institusi ilmu kepada daerah Perak Tengah dan juga negeri Perak
Daerah Kuala Kangsar
Pelancongan DiRaja Global
Daerah Larut, Matang & Selama dan Daerah Hulu Perak juga antara pelancongan diraja global. Daerah ini sedang diberi fokus kepada usaha membangunkan Kuala Kangsar sebagai Bandar DiRaja yang terkenal di peringkat antarabangsa disamping berpotensi dibangunkan sebagai Koridor TVET Malaysia.
Daerah Kampar
Ekopelancongan
Berpotensi untuk ditonjolkan kelainan, keunikan produk dan kepelbagaian resam budaya di lokasi-lokasi tumpuan pelancongan yang dapat menjadi sumber tarikan pengunjung dan pelancong.
Daerah Manjung:
Hab Maritim & Pelabuhan Nusantara
Fokus utama di dalam daerah Man- jung ialah perindustrian, perniagaan, perkhidmatan dan pertanian.
Di samping itu, sektor ekonomi lain ialah perhutanan, perikanan, perlombongan kuari, pembuatan dan pembinaan.
Daerah ini juga sebahagian dari
Koridor TVET Malaysia.
Daerah Bagan Datuk
Persada Kelapa Dunia
Merupakan kawasan penanaman kelapa utama negara dan hab pendaratan perikanan laut dalam di Hutan Melintang. Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama yang giat diusahakan di sini.
Daerah Hilir Perak
Lembah AgroMakanan
Fokus utama di daerah Hilir Perak ialah pertanian, perikanan dan pembuatan yang menjadi penyumbang utama ekonomi daerah Hilir Perak.
Daerah Batang Padang
ASEAN Agrotech Distribution Center
Berpotensi tinggi dalam pembangunan pelancongan kerana kewujudan aset sumber semula jadinya, tarikan flora dan fauna dan elemen kebudayaan yang boleh diketengahkan dan dipromosikan sehingga peringkat antarabangsa.
Daerah Muallim
Hab Inovasi Teknologi Automotif
Berpotensi untuk dibangunkan sebagai daerah “Gerbang Automotif Negara dan Daerah Mesra Belia serta Mampan”.
Daerah Muallim
Enhancement of PROTON – Tanjong Malim Automotive Hub
Proton City Interchange
Bakul Makanan Trolak
Tanaman Kontan (Cash Crops)
Ekopelancongan @ Hutan Hujan Tropika Belum – Temenggor
Rangkaian Gas Asli Cecair LNG Kinta – Kampar – Bidor –Tg Malim – Teluk Intan – Bagan Datuk