Mengenai Perak Sejahtera

Perak Sepintas Lalu

Perak berada di tengah-tengah (sandwiched) 4 negeri penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Antara 4 negeri menyumbang 52.7%  kepada KDNK Malaysia (2019)

Penduduk Perak ke-2 tertinggi antara 4 negeri (2020)

Tenaga buruh Perak ke-2 tertinggi antara 4 negeri (2020)

Negeri paling ramai ke-2 tertinggi pelawat domestik, 13.17 juta (2020)

Keluasan tanah Perak tertinggi iaitu 69.4% daripada 4 negeri (2019)

Liputan hutan Perak terluas 51% (2020)


Profil Sosioekonomi

Demografi Penduduk

Penduduk Perak Mengikut Kumpulan Umur

Penduduk Orang Asli (2020)

Penduduk Bekerja Mengikut Kategori Pekerjaan

Penduduk Bekerja Mengikut Kategori Pekerjaan

Kategori pekerjaan penduduk Perak didominasi oleh sektor pekerjaan separuh mahir yang membawa kepada kurang daya saing ekonomi dan terperangkap dalam golongan mudah miskin.

KDNK Tahun 2015 - 2020
Potensi
Cabaran Perdana
Unjuran Perak Sejahtera 2030
Agenda Utama

Jaminan Sekuriti Makanan

 

Ekonomi Digital

 

Pembuatan Keputusan Berpacukan Data

Koridor TVET Malaysia 

Perlombongan Lestari

Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri

I. Sekuriti Makanan

Inisiatif yang menyokong Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025:

Perak mempunyai potensi dari segi sumber makanan dan keluasan tanah yang boleh digunapakai bagi mempertingkatkan pengeluaran sumber biologi tempatan sedia ada di negeri Perak bagi memenuhi permintaan dalam produk makanan halal di pasaran tempatan dan antarabangsa (import eksport).

Hasil Pengeluaran Agromakanan dan Nisbah Kawasan Tanaman Makanan

Hasil pengeluaran agromakanan diunjurkan berkembang 190.7 peratus daripada 691 juta kg pada tahun 2015 kepada 2 billion kg pada tahun 2040 dengan fokus pengeluaran dihasilkan di kawasan Selama, Manong, Seberang Perak, Bagan Serai, Parit Buntar, Titi Serong dan Pengkalan Hulu.

Kawasan keluasan tanaman makanan per keluasan negeri diunjurkan berkembang 15.4 mata peratusan daripada 4.6 peratus pada tahun 2015 kepada 20.0 peratus pada tahun 2040.

II. Ekonomi Digital

Ketersambungan, aktiviti dan e-dagang dalam ekonomi digital

Negeri Perak dalam usaha memperkasakan pendigitalan melalui pelbagai bidang terutamanya sektor urus niaga dan perkhidmatan awam yang didorong oleh sektor awam dan swasta.

III. Pembuatan Keputusan Berpacukan Data

Persepsi Ketersediaan Masyarakat Ke Arah Analitis Data Raya

Senario semasa mengenai kajian ketersediaan data raya dalam kalangan agensi Perak:

Ini menunjukkan kesedaran organisasi di Perak terhadap kesediaan berkaitan data raya masih rendah.

IV. Koridor TVET Malaysia

Kewujudan banyak institusi latihan kemahiran merupakan kekuatan negeri Perak dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Malahan pihak kerajaan boleh manfaatkan program-program TVET di peringkat lebih tinggi dan mampu membawa masuk ramai modal insan ke negeri Perak seterusnya mengimbangi migrasi remaja ke luar Perak, melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi serta menarik pelabur luar ke negeri ini.

V. Perlombongan Lestari
VI. Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri

Penggunaan teknologi moden dan amalan terbaik dalam aktiviti perlombongan dapat mengimbangi antara penjanaan pendapatan dan risiko.

Tadbir urus projek berkepentingan negeri harus diperkasa bagi memberi jaminan kepada bakal pelabur dan pelabur sedia ada.

Prinsip Perak Sejahtera 2030

*Sejajar dengan Sustainable Development Goals (UNESCO)

Prinsip 1

Keseimbangan Pembangunan Fizikal dan Sosioekonomi

Prinsip 2

Kerjasama Pintar

Prinsip 3

Kelestarian Penggunaan Sumber dan Alam Semula Jadi

Prinsip 4

Sistem Penyampaian Perkhidmatan yang Cekap dan Ambil Peduli

Prinsip 5

Kepakaran Berkualiti dan Bernilai Tinggi

Sasaran Perak Sejahtera

*Tadbir Urus dan Pemantauan

  1. Tadbir urus pembangunan dan pengurusan merupakan salah satu konsep yang sering diperkatakan dalam bidang pentadbiran. Ia merupakan satu bentuk perlaksanaan pengurusan baharu yang membawa kepada keberkesanan dalam sektor awam. Di samping itu, ia juga dilihat sebagai satu bentuk kriteria prestasi bagi sesebuah kerajaan

  2. Indeks Kesejahteraan Perak akan dipantau secara tahunan.

  3. Model Ekonomi Donat digunakan sebagai penanda aras supaya tidak melangkaui sempadan alam raya, malahan menitikberatkan keseimbangan ekonomi, sosial, politik dan alam sekitar sejajar dengan matlamat Perak Sejahtera 2030.

Kitaran Pembangunan Dan Pengurusan Perak Sejahtera 2030
Sasaran, Tema & Petunjuk Keberhasilan

*Sejajar dengan Sustainable Development Goals (UNESCO)

Sasaran

Tema Keberhasilan

Model Ekonomi Donat

Pengukuran Perak Sejahtera 2030 berteraskan Model Ekonomi Donat