A view of the sea
NORAISHAH (duduk kanan) bersama peserta Program Kesedaran Pematuhan Keperluan Mygap (Malaysia Good Aquacultufe Practice) yang menerima sijil dari Jabatan Perikanan Perak.FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Taiping: Jabatan Perikanan Perak kini sedang menambah baik Kaedah Perikanan (Sungai) Perak 1992 bagi menangani aktiviti penangkapan ikan menggunakan bahan larangan seperti bom. 

Pengarah Jabatan Perikanan Perak Noraishah Hashim berkata, perkara itu membabitkan denda RM20,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya terhadap kesalahan menangkap ikan menggunakan bom, tuba atau racun dan panah. 

“Bagaimanapun, pindaan kaedah berkenaan masih di peringkat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri bagi mendapatkan kelulusan.

“Langkah itu bertujuan membendung aktiviti tangkapan ikan yang dibuat secara tersembunyi terutama pada awal pagi dan lewat petang menyebabkan kegiatan itu sukar dikesan oleh pihak penguat kuasa.

“Menangkap ikan menggunakan kaedah yang dilarang itu membahayakan diri dan juga ikan yang ditangkap boleh tidak selamat untuk di makan,” katanya ketika sidang media selepas majlis perasmian Program Kesedaran Pematuhan Keperluan MyGAP Malaysia dan persijilan Jabatan Perikanan peringkat Perak di sini, hari ini. 

Semalam, media melaporkan seorang lelaki maut dan rakannya parah akibat terkena letupan dari bom ikan buatan sendiri dalam kejadian pada 3.12 petang di Pusat Rekreasi Lata Kekabu di Lenggong.

Menurut Noraishah, kematian akibat menggunakan bom ikan merupakan kes yang pertama berlaku di Perak pada tahun ini namun kegiatan tersebut dikesan berlaku di semua daerah di negeri itu dan pihaknya sedang membuat pemantauan untuk mengambil tindakan supaya kegiatan itu ditangani.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria ketika merasmikan program berkenaan menasihatkan masyarakat supaya tidak menggunakan bahan larangan ketika menangkap ikan kerana ia boleh mendatangkan musibah.

Source : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *