Sebelum ini dikenali sebagai ‘DERMASISWA YAYASAN PERAK’.

Bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Bantuan ini bertujuan untuk:-


INSENTIF SISWA (DALAM NEGARA)

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut:

BilPeringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
(Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
1Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)RM300.00
2DiplomaRM500.00
3Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00
4Ijazah Sarjana (Master)RM1,500.00
5Ijazah Doktor Falsafah (PhD)RM2,000.00

SYARAT – SYARAT INSENTIF SISWA (DALAM NEGARA)

1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagiSEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.

2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.

3. Anak kelahiran Negeri Perak (Warganegara Malaysia) seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau
b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau
c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.


INSENTIF SISWA (LUAR NEGARA)

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian serta kategori Negara seperti berikut:

Kategori NegaraKategori AKategori B
Peringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
Diploma1,500.002,500.00
Ijazah Sarjana Muda3,000.005,000.00
Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah4,000.006,500.00

Agihan Negara mengikut kategori dan Negara adalah seperti berikut:

NEGARA(KATEGORI A)
1. Afrika Selatan2. Algeria3. Bangladesh4. Ethiopia
5. Filipina 6. India7. Indonesia8. Kenya
9. Libya10. Mesir11. Myanmar12. Nigeria
13. Pakistan14. Sri Lanka15. Sudan16. Syria
17. Thailand18. Uganda19. West Indies
NEGARA(KATEGORI B)
1. Amerika Syarikat2. Arab Saudi3. Australia4. Austria
5. Belgium6. Brunei7. China8. Denmark
9. Finland10. Greece11. Hong Kong12. Hungary
13. Iceland 14. Iran15. Iraq16. Itali
17. Jerman18. Jepun19. Jordan20. Kanada
21. Korea Selatan22. Kuwait23. Luxembourg24. Maghribi
25. Malta26. Netherlands27. New Zealand28. Norway
29. Perancis30. Poland31. Portugal32. Republik Czech
33. Republik Ireland34. Russia35. Sepanyol36. Singapura
37. Sweden38. Switzerland39. Taiwan40. Turki
41. Ukraine42. United Kingdom

Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

SYARAT- SYARAT INSENTIF SISWA (LUAR NEGARA)

1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian sahaja.

2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasukdalam bantuan ini.

4. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau
b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau
c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (INSENTIF SISWA DALAM DAN LUAR NEGARA)

1. Salinan surat tawaran terkini (WAJIB), Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).

2. Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan)

3. Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon)(WAJIB), Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran (JIKA ADA).

4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing. (WAJIB)

5. Salinan Surat kematian atau Surat Bercerai (Jika Berkaitan).

6. Borang Permohonan:

7. Semua salinan dokumen yang dikepilkan perlu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu /
Ketua Kampung / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas.

UNTUK PERHATIAN:-

CARA MEMOHON

Sumber : yayasanperak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *