PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di enam negeri pada pagi ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, ia meliputi Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda) serta Pulau Pinang.

“Seterusnya, Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) serta Putrajaya,” katanya hari ini.

Amaran ribut petir dan hujan lebat tersebut adalah sehingga pukul 10 pagi ini.

Source : KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *