Galeri Media

Ketika ini sebanyak 105 menara telekomunikasi sedang dalam pembinaan di seluruh kawasan di Perak dan dijangka akan disiapkan menjelang penghujung tahun ini. Kerajaan Negeri juga akan mengadakan siri jelajah di setiap kawasan DUN di Perak untuk melihat permasalahan membabitkan isu liputan talian telekomunikasi dan melawat Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di setiap daerah.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Negeri Perak telah berjaya mencapai sasaran menanam 2.17 juta pokok pada tahun 2021, manakala jumlah penanaman pada tahun lalu ialah 2.33 juta pokok dengan keluasan 6,152 hektar di seluruh negeri. Tahun ini Perak mensasarkan lebih jumlah pokok ditanam.

Kerajaan negeri sebelum meletakkan sasaran untuk menanam sebanyak 10 juta pokok atau 2 juta pokok setahun di seluruh negeri. Tempoh pelaksanaan bagi program penghijauan tersebut adalah selama lima tahun bermula 2021.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

#KomeTauTak Sebanyak 100 buah institusi yang merangkumi 62 buah institusi TVET dan 38 buah Institusi Pendidikan Tinggi di 12 buah daerah menawarkan pelbagai program akademik dan kemahiran di Perak.

Sebagai agenda penting dalam pelan Perak Sejahtera 2030, TVET akan dijadikan pemacu bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berpotensi menembusi pasaran pekerjaan dan memenuhi permintaan industri. 

Kerajaan Negeri Perak akan terus berusaha mengukuhkan ekosistem berkaitan keperluan kemahiran dan tenaga kerja bagi memastikan rakyat mendapat pekerjaan serta meningkatkan taraf sosioekonomi tanpa perlu berhijrah ke luar Perak.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Ramai anak muda Perak berpindah keluar dari negeri ini menjadikan Perak sebuah negeri menua. Jadi, apa langkah Kerajaan Negeri untuk menyekat perkara ini daripada berlaku.

#ApaCeriteNyePerak #PerakSejahtera2030
...

Sudah hampir 3 tahun menjadi Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani faham dan akur dengan kehendak rakyat. Beliau sempat berkongsi apa yang orang Perak mahukan sebenarnya. Nak tau apa orang Perak mahu? Jom tonton video ini.

#ApaCeriteNyePerak #PerakSejahtera2030
...

Terima kasih YB @wongmaying ADUN Pantai Remis dan rakan-rakan di atas kesudian berkunjung ke reruai Perak Sejahtera 2030 di Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2023 hari ini.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

RM1 juta akan disalurkan bagi program pinjaman usahawan padi dan RM1 juta menaik taraf infrastruktur sawah padi di luar jelapang.

Bekalan makanan di Perak adalah mencukupi untuk menampung keperluan tempatan dan kerajaan negeri akan terus meningkatkan keberhasilannya selaras Pelan Perak Sejahtera 2030.

Kerajaan negeri juga mahu pastikan akan ada pertambahan keberhasilan setiap produk yang kita hasilkan, agar dapat menyumbang kepada masyarakat bukan sahaja di Perak tetapi luar dari negeri ini.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Perakuan sijil halal terhadap sesuatu produk amat penting sekiranya para pengusaha mahu melebarkan sayap produknya ke luar negara terutama ke negara-negara Islam. Justeru, STeP sedang menyasarkan 100 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di bawah bimbingan mereka untuk memiliki sijil perakuan tersebut pada tahun ini.

#PerakSejahtera
#PerakSejahtera2030
...

Mungkin kita semua dah tahu tentang pelan Perak Sejahtera 2030, brainchild Dato’ Seri Saarani. Tapi, macam mana pelan ini boleh terhasil? Moh kita dengar cerita daripada MB sendiri.

#ApaCeriteNyePerak #PerakSejahtera2030
...

YAB Dato’ Seri @saaranimohamadofficial pertama kali mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak pada 10 Disember 2020, ketika seluruh dunia menghadapi waktu yang sukar. Selepas mengharungi pandemik Covid-19, apa fokus utama pentadbiran Kerajaan Negeri Perak yang diberi perhatian lebih?

#ApaCeriteNyePerak #PerakSejahtera2030
...

Dalam slot MB ‘Ape cerite nye’ Perak di Astro AWANI Ahad lepas, MB berkata, beliau tak gemar (dengan ukuran) ‘100 hari’ sebab mentadbir negeri bukan macam ‘larian 100 meter’. Jadi, moh kita dengar, apa sasaran sebenar dalam pentadbiran YAB Dato’ Seri Saarani.

#ApaCeriteNyePerak #PerakSejahtera2030
...