Cuti CEO Maju Perak berdasarkan persetujuan

KUALA LUMPUR: Majuperak Holdings Bhd menjelaskan bahawa cuti yang diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Pengarah Eksekutif yang akan tamat kontraknya, Nizran Noordin adalah berdasarkan persetujuan bersama antara lembaga pengarahnya dan Nizran.

Majuperak berkata cuti Nizran bermula 2 September 2022, bagi menjelaskan baki cutinya sehingga kontraknya tamat pada 31 Oktober 2022.

“Nizran akan menumpukan perhatian kepada usaha peribadi selepas kontraknya tamat,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Semalam, Majuperak, anak syarikat tidak langsung kerajaan Perak, mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Kewangannya Syed Agil Syed Hashim akan dilantik sebagai pemangku CEO kumpulan semasa ketiadaan Nizran.

Sebelum ini, Nizran berkhidmat sebagai setiausaha peribadi bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan dilantik sebagai CEO kumpulan Majuperak pada 1 November 2019.

Source : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *